BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 2, 2009

Takwil Organ Tubuh Manusia

TAKWIL ORGAN TUBUH MANUSIA

Takwil Warna

Al-Ustaz Abu Sa'id ra berkata: "Kulit manusia merupakan penutup. Bermimpi melihat kulit yang hitam takwilnya baik. Sesiapa yang bermimpi seolah-olah mukanya hitam dan dia memakai pakaian putih, maka dia akan mendapat anak perempuan, berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padam) mukanya, dan dia sangat marah.
(al-Nahl: 58)

Amirul Mukminin Al Mahdi bermimpi melihat mukanya hitam, kemudian beliau terbangun dalam keadaan cemas. Beliau memanggil Ibrahim bin Abdullah Al-Karamaniy, seorang ahli ta'bir mimpi. Setelah ahli ta'bir itu datang, Amirul Mukminin menceritakan rmimpinya. Ahli ta'bir itu berkata: "Engkau akan mendapat anak perempuan," sambil membacakan ayat di atas.

Memang terbukti, malamnya Amirul Mukminin mendapat seorang anak perempuan. Beliau sangat bergembira dan kagum melihat kebolehan tukang ta'bir itu.

Kalau ada orang yang melihat mukanya hitam dan pakaiannya kotor, bererti dia ada mendustakan Allah SWT. Jika dia melihat mukanya hitam berlumuran tanah, bererti dia akan mati."

Menurut hikayat, seorang lelaki mendatangi Ibnu Sirin dan berkata: "Aku bermimpi melihat seorang lelaki hitam dan mati, dan dia dimandikan oleh seorang lelaki lain." Ibnu Sirin berkata: "Engkau lihat dia mati adalah bukti kekafirannya, hitam yang engkau lihat adalah hartanya, sedangkan lelaki yang engkau lihat memandikannya itu adalah lelaki yang ada menipunya tentang hartanya”.

Menurut hikayat, ada orang yang menjumpai Ibnu Sirin dan berkata : "Aku bermimpi melihat seorang lelaki yang tergantung dengan tali gantungan yang bersambung sampai ke langit. Separuh badannya putih dan separuh lagi hitam. Dan dia mempunyai ekor seperti ekor keldai." Mendengar yang demikian, Ibnu Sirin menjawab: "Akulah lelaki yang engkau lihat itu. Separuh badanku yang engkau lihat itu ialah wirid yang aku amalkan siang hari, sedangkan separuh badanku yang engkau lihat hitam itu adalah wirid atau amalanku pada waktu malam. Tali gantungan yang bersambung sampai ke langit itu ialah zikir yang kubacakan yang sudah sampai ke langit (berterima). Sedangkan ekor yang engkau lihat itu adalah agama yang kuanuti dan aku mempertahankannya sampai mati." Memang beliau terbukti demikian.

Ada yang mengatakan seorang Pemberani yang bermimpi seolah-olah mukanya hitam bererti dia akan menjadi penakut. Ada orang yang mendatangi Ibnu Sirin dan berkata: "Saya telah meminang seorang wanita, tiba-tiba dia saya lihat dalam tidur saya badannya sudah hitam dan menjadi pendek." Ibnu Sirin menjawab : "Engkau lihat dia hitam bererti banyak hartanya dan engkau lihat dia pendek bererti akan pendek umumya." Tidak lama kemudian wanita itu mati dan lelaki yang bermimpi atau mengahwininya itu pun mewarisi hartanya.

Menurut riwayat, Rasulullah s.a.w. melihat dalam tidur beliau seorang wanita hitam dengan rambut terurai keluar dari Madinah kemudian bermukim di Juhfah. Kemudian beliau mentakwilkan mimpinya itu dengan mengatakan bahawa wabak penyakit yang ada di Madinah akan berpindah ke Juhfah.

Warna merah menandakan kemuliaan dan kejayaan. Menurut sebahagian pendapat jika merah itu bercampur dengan putih, maka orang yang bermimpi itu akan mendapat kemuliaan.

Warna kuning adalah simbol penyakit. Namun demikian sesiapa yang melihat wajahnya sangat kuning, maka dia akan menjadi seorang mulia di akhirat dan termasuk daripada golongan Muqarrabin.

Sedangkan warna putih, sesiapa yang melihat wajahnya jauh lebih putih daripada yang sebenamya, bererti baik agamanya dan tetap atau teguh keimanannya.

Takwil kepala

Takwil kepala ialah kepala (ketua) seseorang, ertinya dia berada dalam kekuasaannya atau menjadi bawahannya. Kepala juga ditakwilkan sebagai kepala harta (modal). Sesiapa yang melihat kepalanya besar, yakni lebih besar dari yang biasa, bererti akan bertambah kemuliaannya. Dan sebaliknya, sesiapa yang melihat kepalanya lebih kecil dari biasanya akan berkurang kemuliaannya.

Sesiapa yang melihat kepalanya dua atau tiga akan dapat mengalahkan musuh jika sedang berperang. Orang miskin yang bemimpi demikian akan menjadi kaya. Sedangkan orang kaya yang bermimpi demikian akan mendapat anak-anak yang baik. Dan orang bujang yang bermimpi demikian akan berkahwin atau mendapatkan apa yang dia kehendaki.

Jika ada peniaga yang bermimpi melihat kepalanya terbalik bererti akan rugi perniagaannya. Orang yang melihat kepalanya ke bawah dan dia dalam keadaan digantung, bererti panjang umurnya dan mendapat celaan, sesuai dengan kisah Harut dan Marut. Baca kisah Harut dan Marut dalam al-Quran surah Al-Baqarah ayat 102.

Takwil kepala dan leher

Kepala dan leher, kalau ada orang yang melihatnya dalam mimpi, dan di situ ada kudis atau luka, maka itu menunjukkan penyakit yang berlaku untuk semua orang secara sama. Kalau ada orang yang melihat kepalanya menjadi seperti kepala anjing, keldai, kuda atau binatang-binatang lainnya, maka dia akan menghadapi kesusahan.

Sesiapa yang melihat kepalanya berubah menjadi kepala gajah, harimau, singa atau serigala, maka ada yang mengatakan dia akan melaksanakan sesuatu lebih daripada kadarnya. Dia juga akan menjadi pemimpin dan menang menghadapi musuh.

Sesiapa yang melihat kepalanya terbang, bererti dia akan banyak bepergian (musafir). Kalau dia melihat kepala berminyak dan wangi, menunjukkan baik datuknya.

Sesiapa yang melihat kepala-kepala yang terputus, bererti ramai orang yang tunduk kepadanya. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia memakan kepala orang dalam keadaan mentah, bererti dia ada mencaci maki kepala (ketua), dan dia mendapat harta daripada sebahagian pengetua. Kalau dia melihat memakan kepala yang sudah dimasak bererti itu adalah kepala harta (modal) orang yang punya kepala itu jika orangnya dikenal. Kalau tidak dikenal bermakna modal hartanya sendiri.

Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mengambil modal dengan tangannya sendiri akan mendapat harta yang sebanyak-banyaknya dan paling sedikit seribu dirham. Mimpi seperti ini juga menandakan akan terjadinya perdamaian di antaranya dengan orang yang mempunyai hutang, sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu. (al-Baqarah: 279)

Jika dia melihat kepalanya terpisah dari badannya tanpa dipenggal (dipancung), maka dia akan berpisah dari ketuanya. Jika dia melihat membawa kepalanya dari tempat itu bererti akan hilang kekuasaannya.

Sesiapa yang melihat kepalanya terpisah dari badannya, lalu dia mengembalikannya ke tempatnya semula, maka dia akan mendapat hartanya sebanyak pembayaran diyat. Kalau dia sedang berpenyakit akan menjadi sembuh. Dan sesiapa yang melihat seolah-olah kepala manusia berada di dalam bejana yang ada bercampur darah, bererti itu adalah seorang ketua yang dibohongi.

Sesiapa yang melihat lehernya dipukul (dipancung), lalu kepalanya terpisah dari badannya, maka kalau dia ada mempunyai hutang akan sanggup membayar hutangnya, kalau dia dalam kesusahan atau berperang akan lepas daripadanya. Seandainya dikenal siapa orang yang memukulnya itu bererti berlaku bagi orang itu. Kalau orang yang bermimpi itu kebetulan sedang berpenyakit, akan berpanjangan penyakitnya tetapi akan berguguran dosanya. Kalau yang bermimpi itu orang baik akan menjumpai Allah SWT dalam keadaan yang baik.

Sesiapa yang melihat raja atau wali (pemimpin) memukul lehemya, maka wali adalah Allah, yang melepaskannya dari duka cita dan menolong urusannya. Sesiapa yang melihat seorang raja memancung leher rakyatnya, bererti raja itu memaafkan kesalahan orang-orang yang bersalah atau memerdekakan hamba.

Sesiapa yang melihat lehemya dipancung, sama ada berdasarkan keputusan hakim, disebabkan menyamun, dipancung di medan pertempuran dan sebagainya, maka itu sesuatu yang tidak baik bagi orang yang ibu bapanya masih hidup dan mempunyai anak. Ini kerana kepala adalah sama dengan ibu bapa dan segi penyebab bolehnya hidup. Bahkan sama juga dengan anak-anak dari segi rupanya.

Tetapi jika yang melihat demikian itu orang yang akan dihukum bunuh, maka baik akibatnya. Kerana malapetaka menimpa manusia hanya satu kali dan tidak mungkin dua kali. Dan bagi pemilik modal, yang demikian menunjukkan akan hilang hartanya. Bagi orang yang merantau menandakan akan segera pulang.

Orang yang melihat kepalanya berada di tangannya bererti baik akibatnya bagi orang yang tidak mempunyai anak. Sesiapa yang melihat kepalanya berada di tangannya dan dia mempunyai kepala yang lain bererti dia membetulkan yang tidak baik.

Menurut riwayat, ada lelaki mendatangi Rasululah s.a.w. dan berkata : "Ya Rasulullah, saya bermimpi seolah-olah kepalaku terputus dan saya dapat melihatnya dengan sebelah mataku." Rasulullah tersenyum dan berkata: " Dengan mata yang mana engkau dapat melihatnya?" Tidak lama setelah itu Rasulullah pun wafat.

0 comments:


ShoutMix chat widget