BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 2, 2009

Takwil Kematian

    Takwil Kematian Dan Segala Yang Berkaitan Dengannya
    Umar binSubaih al-Sa'id berkata: "Saya BERMIMPI melihat Abdul Aziz bin Sulaiman memakai pakaian hijau dan di atas kepalanya ada mahkota yang diperbuat daripada berlian. Lalu saya tanya: "Abu Muhammad, bagaimana perasaanmu tentang kematian itu? Dan bagaimana keadaan di sana? "Dia berkata: "Ada pun maut itu, jangan tanya tentang kepedihan dan kesusahannya. Tetapi saya tidak merasakannya kerana kurnia Allah S.W.T. kepadaku."

    Penafsiran dan Penyesuaian

    Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Melihat mati dalam mimpi adalah penyesalan daripada perkara yang sangat besar. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati, kemudian dia hidup lagi, bererti dia mempunyai dosa kemudian dia bertaubat, berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
    Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau telah mematikan kami dua kali dan menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami.” (al-Mukmin -11)

    Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati tanpa didahului sesuatu penyakit dan hal-hal yang menyebabkan kematian, bererti umurnya masih panjang. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia belum mati bererti sudah dekat ajalnya. Jika orang yang BERMIMPI itu seolah-olah menyangka bahawa dia tidak mati untuk selamanya, maka dia akan mati dalam perang sabilillah.

    Sesiapa yang BERMIMPI, lalu dia dimandikan dan dikafani, bererti selamatlah masalah keduniaannya tetapi rosak agamanya. Sesiapa yang melihat imam (pemimpin negeri) mati, bererti akan terjadi bencana di negeri itu, sebagaimana juga BERMIMPI melihat terjadi bencana di satu negeri menunjukkan matinya imam negeri itu.

    Sesiapa yang BERMIMPI melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah dia mati lagi, lalu orang-orang menangis, yakni tidak sampai berteriak dan meratap, maka ini menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya. Bemimpi melihat tangisan mereka itu menunjukkan terjadinya sesuatu yang menggembirakan bagi mereka. Menurut satu pendapat bemimpi melihat matinya lagi orang yang sebenarnya sudah mati menunjukkan akan matinya salah seorang keluarganya.

    Sesiapa yang BERMIMPI menjumpai mayat, maka dia akan mendapat harta. Jika datang kepadanya khabar kematian seseorang, bererti akan sampai kepadanya khabar kerosakan agamanya dan meningkatnya masalah keduniaannya. Jika dia melihat seolah-olah anaknya mati, maka dia lepas dari musuhnya.

    Jika dia melihat seolah-olah seseorang berkata depada seseorang: "Si Polan meninggal dunia ", maka terjadi kesusahan bagi yang memberitahukan itu. Jika orang hamil BERMIMPI mati dan orang lain menangisinya tanpa meratap, maka dia akan mendapat anak lelaki dan dia akan bergembira.

    Menurut satu pendapat orang bujang yang BERMIMPI mati menunjukkan dia akan berkahwin, sedangkan orang berkahwin yang BERMIMPI mati menandakan dia akan bercerai. Ini kerana jika terjadinya kematian akan terjadilah perpisahan. Begitu juga orang yang berkawan intim bemimpi mati menandakan mereka akan berpisah.

    Sedangkan takwil meratap, sesiapa yang melihat seolah-olah satu tempat di tempat dijadikan tempat meratap, maka akan terjadi pentadbiran yang tidak baik di tempat itu yang menyebabkan ahlinya bercerai-berai.

    Sedangkan takwil menangis, ada dihikayatkan dari Ibnu Sirin bahawa beliau berkata: "Tangisan yang dilihat dalam tidur ialah sesuatu yang menggembirakan. Tetapi kalau tangisan atau ratapan itu disertai dengan tarian tidak baik takwilnya. Jika seseorang melihat ada orang yang mati, yakni orang yang dikenalnya, dan dia meratapnya dan membunyikan terompet, bererti terjadi musibah atau dukacita bagi orang yang dilihat itu atau bagi keluarganya.

    Jika seseorang melihat pemimpin mati dan mereka menangis di belakang jenazahnya tanpa disertai dengan ratapan, maka mereka akan melihat sesuatu yang menggembirakan berlaku ke atas pemimpin itu. Sesiapa yang melihat seolah-olah pemimpin mati dan orang ramai menyebut-nyebutnya orang yang baik, bererti ada kebaikan dalam kepemimpinannya.

    Sesiapa yang melihat seolah-olah dia berada di tengah-tengah kumpulan orang-orang yang sudah mati, bermakna dia berada di tengah-tengah orang munafik, ertinya dia menyuruh mereka mengerjakan kebaikan tetapi mereka tidak mengendahkan suruhannya itu.

    Sesiapa yang melihat dia pun mati dan tinggal bersama mereka bererti dia mati dalam bid'ah atau pergi merantau dan tidak kembali lagi.

    Dan hikayat dan sebahagian mereka (ahli takwil), sesiapa yang melihat seolah-olah dia bersahabat dengan orang mati akan pergi merantau jauh dan di sana dia mendapat kebaikan yang banyak. Jika dia bemimpi makan bersama orang-orang mati bererti panjang umurnya. Dan melihat matinya pemimpin menunjukkan dia akan digulingkan atau diberhentikan. Sedangkan melihat sakaratulmaut juga tidak baik takwilnya.


    Memandikan mayat

    Adapun takwil memandikan mayat, sesiapa yang melihat mayat memandikan dirinya sendiri, bermakna keluarga atau anak-anak mayat itu lepas dari dukacita dan bertambah hartanya. Jika mayat itu dimandikan oleh seseorang, bermakna ada orang yang bertaubat di tangan orang yang memandikan itu.

    Orang yang memandikan menurut asal takwilnya ialah peniaga yang banyak mendatangkan manfaat dan banyak membantu orang susah, atau juga ditakwilkan sebagai orang mulia yang bertaubat di tangannya orang-orang yang berbuat dosa.

    Sesiapa yang melihat bersama-sama orang yang memandikan, maka dia akan naik dan lepas dari kesusahan. Jika melihat orang-orang mati mencari orang yang membasuh pakaiannya, bererti orang mati, itu sangat berhajat kepada doa, sedekah dan orang yang akan membayar hutangnya dan melaksanakan wasiatnya. Jika orang yang bemimpi itu melihat seseorang membasuh pakaian orang yang sudah mati, bererti ada kebaikan dari yang memandikan itu yang sudah sampai bagi si mayat.


    Melihat kafan
    Manurut satu pendapat kafan ditakwilkan dengan suka melakukan zina. Sesiapa yang melihat tidak sempuma pakaiannya, maka dia diajak melakukan zina tetapi tidak mengendahkannya. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia dibungkus dengan kain kafan seperti orang mati, menandakan dia akan mati. Jika dia lihat tidak tertutup kepala dan kakinya bererti ada yang kurang baik dalam agamanya.

    Namun demikian terkadang kain kafan yang kurang bagi mayat diertikan sebagai dekatnya kepada taubat sedangkan kain kafan yang berlebihan diertikan sebagai jauhnya daripada taubat.

    Sesiapa yang melihat seolah-olah kaum yang tidak dikenal menghiasnya dan memakaikan pakaian kemegahan kepadanya tanpa adanya sesuatu sebab seperti hari raya atau pengantin lalu mereka meninggalkannya bersendirian di satu rumah maka itu menunjukkan akan matinya.


    Melihat keranda mayat
    Sesiapa yang BERMIMPI seolah-olah dia diusung di dalam keranda, maka akan naik martabatnya dan banyak hartanya. Sesiapa yang BERMIMPI dimasukkan ke dalam keranda dan tidak ada orang yang mengangkat atau membawanya, bererti dia akan dipenjara.

    Sesiapa yang melihat seolah-olah orang yang menghantarnya menangis di belakang kerandanya, maka baik takwilnya, begitu juga kalau dia melihat mereka memuji dan mendoakannya. Kalau dia melihat mereka tidak menangis dan tidak memujinya tidak baik takwil atau akibatnya.

    Sesiapa yang melihat seolah-olah dia turut mengiringi jenazah, bererti dia mengikut raja yang tidak baik agamanya. Sesiapa yang melihat seolah-olah jenazah diusung ke satu perkuburan, bererti ada satu kebenaran yang sampai kepada orang yang BERMIMPI itu.

    Sesiapa yang melihat keranda berjalan di udara bererti mati seorang lelaki yang mempunyai martabat tinggi, sama ada ia pemimpin atau orang alim.

    Sesiapa yang melihat banyak jenazah diletakkan di tempat tertentu, bererti di tempat itu ramai orang yang melakukan dosa. Jika seseorang perempuan melihat dia mati dan diusung di atas keranda, maka kalau dia belum mempunyai suami dia akan berkahwin, dan kalau dia seorang yang mempunyai suami akan rosak agamanya.

    Sesiapa yang BERMIMPI membawa mayat, bererti dia akan mendapatkan harta yang haram. Sesiapa yang melihat memindahkan mayat ke perkuburan bererti dia mengerjakan yang hak. Orang yang bemimpi, memindahkan mayat ke pasar bererti dia akan mendapatkan yang dihajatkannya dan akan beruntung perniagaannya.

    Orang yang BERMIMPI menyembahyangkan mayat bererti dia selalu mendoakannya dan meminta ampunkan dosanya. Sesiapa yang BERMIMPI menjadi imam dalam solat jenazah bererti dia mendapat jawatan dari raja yang munafik. Dan orang yang BERMIMPI berdiri di belakang imam dalam solat jenazah, bererti akan menghadiri majlis tahlil arwah.


    Bermimpi menanam mayat
    Sesiapa yang BERMIMPI mati dan dia ditanam, maka dia akan mendapatkan harta, sesuai dengan firman Allah yang bermksud:

    “Kemudian Dia (Allah) memudahkan jalannya, kemudian Dia mematikannya dan memasukkannya ke dalam kubur.” ('Abasa: 20-21)

    Sesiapa yang melihat ditanam hidup-hidup, bererti orang yang menanamnya itu akan menahannya. Dan kalau dia melihat mati setelah di tanam, maka dia akan mati dalam kesusahan. Dan kalau dia melihat tidak mati dalam kubur itu, maka dia akan lepas dari penahanan mereka. Kata sebahagian mereka sesiapa yang BERMIMPI ditanam akan rosak agamanya. Kalau dia melihat keluar dari kubur setelah ditanam, besar kemungkinan dia akan bertaubat.

    Sesiapa yang melihat mencampakkan seseorang ke lubang kubur atau menimbusnya dengan tanah, bererti dia akan mencampakkannya ke jurang kebinasaan.

    Sesiapa yang melihat dimasukkan ke liang lahad akan mendapat rumah. Jika diratakan ke atasnya tanah, maka dia akan mendapat harta sebanyak tanah yang ditimbuskan itu. Takwil liang kubur menurut asalnya ialah penjara, sebagaimana juga takwil penjara adalah kubur.

    Orang yang BERMIMPI ingin menziarahi kubur bererti akan mengujungi orang di penjara. Orang yang bemimpi menggali liang kubur akan panjang umumya. Orang yang melihat perkuburan yang banyak di satu tempat menunjukkan ramai orang munafik di tempat itu.

    Orang yang melihat turun hujan di satu perkuburan bererti penghuni kubur itu dicurahi rahmat. Orang yang melihat di tempat yang tidak dia ketahui bererti dia bergaul dengan orang-orang munafik. Sedangkan kalau tempatnya dia ketahui menunjukkan dia lalai daripada yang hak.

    Orang yang BERMIMPI menggali kubur untuk dirinya sendiri bemakna dia membangunkan rumahnya. Kalau dia melihat seolah-olah kuburnya dipindahkan di rumahnya, tempat atau kampungnya, bererti anak-anak atau cucunya akan membangun rumah. Sesiapa yang melihat solat di perkuburan bererti dia ada mengerjakan dosa, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:

    "Dan janganlah kamu menyembahyangkan jenazah seorang yang mati di antara mereka dan jangan kamu berdiri atas kuburnya.” (at-Taubah: 84)

    Jika seseorang melihat orang kaya di perkuburan, lalu orang kaya itu memberi salam kepada penghuninya, maka orang kaya itu akan muflis dan menjadi pengemis. Ini kerana perkuburan adalah tempat orang-orang muflis.

    Kalau kita melihat orang mati seolah-olah dia hidup, bererti dia dalam baik dan penderitaannya berubah menjadi kesenangan. Dan sebaliknya, kalau kita melihat orang hidup seolah-olah mati maka akan mendapat kesusahan. Ini kerana hidup dianggap sebagai kemudahan sedangkan mati di anggap kesusahan.

    Kalau kita melihat orang-orang yang sudah mati seolah-olah mereka bergembira, bererti keadaan mereka baik di sisi Allah. Dan kalau mereka nampak gelisah bererti mereka tidak baik. Rasulullah s.w.a. bersabda bermaksud:

    "Memakailah salah seorang kamu diberi pengajaran dalam tidumya.”

    Kalau kita melihat mayat memberitahu bahawa dia sudah mati bererti keadaanya baik di akhirat, sesuai dengan fmnan Allah yang bermaksud:

    "Bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.” (Al -Imran :169)

    Mayat itu juga dalam keadaan baik jika dilihat dia memakai mahkota atau cincin atau dilihat dia duduk di atas katil. Kalau orang yang sudah mati itu nampak memakai pakaian hijau bererti matinya termasuk mati syahid. Kalau orang yang sudah mati itu nampak dalam keadaan tertawa, maka dia mendapat keampunan, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:

    “Wajah-wajah pada hari itu berseri-seri, terlawa dan gembira ria.” ('Abasa: 38 - 39)

    Kalau kita melihat orang yang sudah mati itu berwajah ceria sekali pun tidak senyum dan tidak mencakapi kita, menunjukkan bahawa dia senang melihat kita kerana ada kebaikan yang kita berikan sudah sampai kepadanya.

    Kalau kita lihat orang yang sudah mati berpaling atau buang muka dari kita, atau seolah-olah dia ingin memukul kita, bererti kita ada melakukan maksiat. Menurut satu pendapat mimpi seperti itu menunjukkan kita berhutang kepadanya.

    Kalau kita melihat orang yang sudah mati dalam keadaan kaya bererti dia mengharapkan amal kebajikan. Jika orang yang mati itu nampak telanjang, bererti dia meninggalkan dunia dalam keadaan telanjang daripada kebajikan. Kata satu pendapat menujukkan dia dalam keadaan rehat.

    Kalau kita melihat penghuni perkuburan bangkit dari kubur mereka, bererti mereka sedang diseksa dan nyatalah di situ orang-orang yang munafik.

    Kalau kita melihat orang kafir berkeadaan baik, bererti keadaan anak-anaknya yang masih hidup akan meningkat. Ertinya mimpi seperti itu bukan kerana mayat itu baik di sisi Allah S.W.T. Kalau kita melihat orang yang mati tertawa, kemudian menangis, menandakan bahawa dia bukan mati dalam iman, begitu juga kalau nampak wajahnya hitam gelap, sesuai dengan Allah yang bermaksud;

    “Adapun orang-orang yang hitam muram mukanya (dikatakan kepada mereka): "Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman?" (Al-Imran :106)

    Kalau orang yang mati itu nampak memakai pakaian kotor atau seolah-olah dia sedang sakit, bererti dia ditanya tentang hutangnya kepada Allah S.W.T. Kalau orang mati nampak sedang sibuk atau penat, bererti dia sibuk menghadapi masalahnya.

    Kalau kita melihat datuk kita yang sudah meninggal hidup semula, bererti kita akan mendapat keuntungan. Kalau kita melihat ibu kita hidup semula, maka kita akan lepas dari kesusahan, begitu juga melihat ayah hidup semula. Namun demikian melihat ayah lebih kuat lagi. Kalau kita melihat anak kita yang sudah meninggal hidup semula, bererti kita akan menghadapi musuh. Tetapi kalu kita melihat anak perempuan kita yang sudah meninggal hidup semula, kita akan lepas dari kesusahan. Kalau kita melihat saudara kita hidup semula, maka kita akan menjadi kuat setelah didahului lemah, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:

    "Dan jadikanlah bagiku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu Harun saudaraku, aku teguhkanlah dengan dia kekuatanku.” (Taha :29 -31)

    Kalau kita melihat saudara perempuan kita hidup semula, maka orang yang sudah lama meninggalkan kita akan muncul semula, sesuai dengan firnm Allah yang bermaksud:

    “Dan berkatalah ibu Musa kepada saudara Musa yang perempuan: “Ikutlah dia," maka kelihatanlah Musa dari jauh.” (al-Qasas: 11)

    Kalau kita melihat ibu saudara atau bapa saudara kita (sebelah ibu) hidup semula, maka akan kembali kepada kita sesuatu yang sudah lepas dari tangan kita.

    Kalau kita BERMIMPI menghidupkan orang yang sudah mati, bererti kita akan mengislamkan orang kafir atau bertaubat di tangan kita orang fasik.

    Melihat orang yang mati tidur bererti dia sedang rehat di akhirat. Kalau kita melihat sama-sama tidur di atas tikar dengan orang yang sudah mati, menandakan umur kita masih panjang.

    Melihat orang mati mengerjakan solat di tempat yang bukan tempat solatnya, (ketika hidupnya) menandakan sudah sampai kepadanya amalan yang dikerjakannya selama hidupnya atau pahala wakaf dan sedekahnya.

    Kalau mayat itu seorang pemimpin, maka anak-anaknya akan mendapat martabat seperti dia. Kalau orang mati itu nampak solat di tempat biasa, bererti zuriatnya pun akan menjadi baik agamanya kerana orang mati tidak beramal lagi untuk dirinya. Kalau dia melihat orang mati mengerjakan solat di masjd bererti dia dalam keadaan aman daripada seksa kerana masjid merupakan tempat yang aman.

    Kalau kita melihat orang yang sudah mati sakit kepala bererti dia disoal kerana menyia-yiakan hak orang tuanya. Kalau nampak sakit tengkuknya bererti disoal kerana menyia-nyiakan hartanya atau enggan membayar mahar isterinya. Kalau nampak sakit tangannya bererti dia disoal tentang saudaranya, temannya atau sumpah palsunya.

    Kalau nampak sakit punggungnya bererti dia disoal tentang hak wanita. Kalau nampak sakit perutnya bererti dia disoal tentang orang tua, kerabat-kerabatnya dan hartanya. Kalau nampak sakit kakinya bererti dia disoal tentang harta yang disumbangkannya ke jalan yang tidak diredai Tuhan. Kalau nampak sakit pahanya bererti dia disoal tentang memutuskan silaturahim dengan familinya. Kalau nampak sakit betisnya bererti dia disoal tentang memanfaatkan masa hidupnya untuk perkara yang batil.

    Sesiapa yang melihat seolah-olah orang yang mati memanggilnya sedangkan dia tidak melihatnya, lalu dia pergi bersamanya kerana tidak sanggup mengelak, maka dia akan mati seperti penyakit yang menyebabkan mayat yang memanggil tadi mati, sama ada kerana kemalangan jalan raya, karam, mati mengejut dan sebagainya.

    Kalau dia melihat pergi bersama orang yang mati itu dan masuk ke dalam sebuah rumah yang tidak pernah dilihatnya dan tidak keluar lagi , maka dia akan mati seperti orang mati.

    Orang yang melihat seolah-olah orang mati berkata kepada nya: "Engkau mati waktu ini." maka kata-katanya itu benar. Kalau dia melihat mengikut orang yang mati itu tetapi tidak masuk bersamanya ke dalam sebuah rumah, atau dia ikut masuk tetapi kemudian keluar, bererti dia hampir mati tetapi akhimya selamat. Kalau dia BERMIMPI pergi musafir bersama orang mati bererti dia ragu-ragu dalam masalah yang dihadapinya.

    Orang yang melihat seolah-olah orang mati memberikan sesuatu kepadanya, bererti itu adalah satu kebaikan yang akan dia dapat sekalipun itu tidak dia harapkan. Kalau dia melihat orang yang mati memberikan kemeja yang baru atau bersih kepadanya, maka dia akan mendapatkan penghidupan seperti penghidupan orang mati semasa hayatnya.

    Kalau dia melihat orang yang mati memberikan toga kepadanya, maka dia akan mendapatkan kemegahan. Kalau orang mati itu memberikan pakaian buruk kepadanya, maka dia akan miskin. Kalau dia melihat orang mati memberikan pakaian kotor kepadanya bererti dia ada mengerjakan kejahatan. Kalau orang yang mati itu memberikan makanan kepadanya bererti dia akan mendapat rezeki secara tidak disangka-sangkanya.

    Kalau dia melihat orang mati memberikan madu kepadanya maka dia akan mendapat harta ghanimah. Kalau dia melihat orang mati memberikan tembikai kepadanya bererti dia akan mendapat kesusahan. Jika dia melihat orang mati menasihati atau mengajarkan ilmu kepadanya bererti dia akan mendapat rezeki secara tidak disangka-sangkanya.

    Kalau dia melihat seolah-olah dia memberikan pakaian kepada orang mati dan orang mati itu tidak memakainya, maka itu adalah satu ancaman terhadap hartanya atau suatu penyakit tetapi kemudian dia sembuh.

    Sesiapa yang melihat dia menanggalkan pakaiannya lalu memberikannya kepada orang mati, maka lepasnya pakaian dari pemilikan orang hidup menandakan dia mati. Kalau pakaian itu masih menjadi miliknya tidak mengapa.

    Tegasnya apa saja yang dilihat diberikan kepada orang mati tidak baik akibatnya kecuali dua macam:

    1. Apabila dia melihat seolah-olah memberikan tembikai kepada orang mati. Jika BERMIMPI demikian maka akan hilanglah kesusahannya, tanpa (disangka-sangka).

    2. Apabila dia memberikan sesuatu kepada pakcik atau makciknya yang sudah meninggal dunia, ini pun tidak baik.

    Sesiapa yang melihat seolah-olah orang mati memberikan salam kepadanya, maka keadaannya baik disisi Allah S.WT. Sesiapa yang melihat seolah-olah orang mati mengambil tangannya, maka dia akan mendapatkan harta. Kalau orang mati itu seolah-olah memeluknya dengan kasih sayang bererti panjang umumya. Tetapi kalau dia yang memeluknya tidak baik akibatnya.

    Sesiapa yang BERMIMPI seolah-olah dia bercakap-cakap dengan orang mati dalam waktu yang lama, bererti dia berbaik-baik semula dengan satu kaum. Sesiapa yang BERMIMPI mencium orang mati yang tidak dikenalnya akan mendapatkan harta secara tidak disangka-sangkanya. Sedangkan kalau dia mencium orang mati yang dikenalnya bererti dia mendapat manfaat dan ilmu atau harta orang yang mati itu.

    Sesiapa yang melihat menikahi orang mati yang tidak dikenalnya di kuburannya, maka dia berzina. Sedangkan menikahi orang mati yang dikenal menunjukkan dia akan mendapat sesuatu yang di angan-angankannya dan dia sudah sempat putus asa.

    Sesiapa yang melihat menikahi muhrimnya yang sudah mati hidup semula, lalu dia menikahinya dan menyetubuhinya, maka dia mendapat apa yang dihajatkannya dan beruntung peniagaannya.

    Sesiapa yang menikah dengan wanita yang sudah mati kemudian wanita itu hidup dan dia bawa pulang ke rumahnya, maka dia melakukan perbuatan yang membawa penyesalan.

    Sesiapa yang melihat menikahi wanita yang sudah mati, lalu melihat wanita itu hidup, kemudian mendukhulnya, kemudian pergi ke rumah wanita itu dan menetap di sana, mimpi seperti itu menunjukkan dia akan mati. Mimpi lelaki dengan perempuan sama dalam masalah ini.


    Penafsirannya
    Al-Ustaz Abu Sa'id ra. Berkata: "BERMIMPI melihat mati, Allah-lah yang mengetahui takwilnya. Apabila engkau melihat orang mati mengerjakan kebajikan seperti mimpimu itu mendorongmu untuk mengerjakan seperti yang dilakukannya itu. Kalau engkau melihat orang mati meninggalkan perkara yang tidak baik, itu juga melarangmu melakukannya atau menyuruhmu untuk meninggalkannya.
    "Sesiapa yang bemimpi menggali kubur orang mati, bererti dia menggali riwayat hidup orang yang mati untuk dijadikan contoh teladan. Sesiapa yang melihat orang mati hidup semula di kuburannya, maka dia akan mengatakan sesiapa yang melihat seolah-olah dia mendatangi perkuburan, kemudian menggali kubur itu dan mendapati orangnya ada yang hidup dan mati, maka yang demikian itu menunjukkan ada yang mahu mati di kampung itu."

0 comments:


ShoutMix chat widget